Showing posts with label Cegah Buah Pinggang Rosak. Show all posts
Showing posts with label Cegah Buah Pinggang Rosak. Show all posts

6 Tips Penjagaan Buah Pinggang

Selain daripada mengambil Serbuk Minuman Arabic Gum sebagai supplemen harian, apa kata kita cuba amalkan tips seperti di bawah untuk mempercepatkan lagi kesan pengambilan Arabic Gum, in shaa Allah.

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2 liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

2. Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

3. Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa. Meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

4. Pengambilan Coklat perlu dielakkan dan meminimumkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick.

5. Dilarang sama sekali mengambil minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

6. Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual di pasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.


11 FAKTOR yang MEROSAKKAN BUAH PINGGANG :

1) Kurang pengambilan air

2) Kerap tahan kencing

3) Mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal

4) Kerap makan daging merah dan makanan laut (Tinggi uric acid)

5) Suka minum minuman bergas

6) Suka makan makanan masin

7) Kerap makan pil tahan sakit

8) Kerap kena jangkitan kencing kotor (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna

9) Mempunyai masalah obesiti

10) Merokok

11) Pengambilan alkohol

Bagaimana Arabic Gum Atasi Penyakit Buah Pinggang Rosak?

Assalamualaikum

saya yakin hampir semua dari kita mempunyai persoalan sama seperti di atas yang berlegar-legar di ruang benak fikiran kita.

saya memang suka terangkan bab-bab explaination seperti ini kerana dahulu saya mempunyai latar belakang perubatan. jadi ianya lebih senang untuk saya faham dan sampaikan kepada orang ramai.

sebelum itu, kita kena faham tentang struktur asas buah pinggang, fungsi buah pinggang dan bilakah buah pinggang itu boleh di katakan gagal berfungsi?


buah pinggang sangat penting dalam badan kita. kalau rosak 1 buah pinggang tidak menjadi masalah besar kerana pesakit boleh lagi teruskan hidup seperti biasa.

fungsi buah pinggang adalah untuk keluarkan bahan-bahan buangan yang tidak di perlukan oleh tubuh badan kita. sebab itu kita perlu buang air kecil setiap hari kerana dalam air kecil itu terdapat bahan buangan yang tidak di perlukan oleh sel-sel badan.


itu adalah fungsi utama buah pinggang. selain itu, antara fungsi lain adalah buah pinggang juga adalah tempat di mana sel darah merah di hasilkan. sebab tu kita selalu dengar yang pesakit buah pinggang selalunya kurang darah merah. ini lah sebabnya.

sebab buah pinggang yang menjadi tempat penghasilan sel darah merah telah rosak dan tidak boleh di pakai untuk menjana penghasilan sel darah merah yang baru seperti manusia normal. jelas tak? panjang pula explaination bila sudah excited menulis. hihi.

jadi buah pinggang akan di katakan rosak bila ianya gagal untuk membuang bahan-bahan yang tidak di perlukan itu melalui air kecil kita setiap hari. kadang-kadang, kuantiti air kencing bagi pesakit buah pinggang ini juga akan menjadi semakin sikit.

antara bahan buangan yang selalunya di buang melalui air kencing adalah nitrogen.

arabic gum yang tumbuh di Sudan mengandungi tinggi prebiotic dan ianya 100% semulajadi. prebiotic ini adalah 'makanan' kepada bacteria baik. untuk makluman semua, dalam usus kita ada 2 jenis bacteria iaitu bacteria baik dan bacteria jahat.

dengan pengambilan arabic gum dalam diet seharian kita, ia ibarat kita memberi 'makan' kepada bacteria baik dalam usus kita untuk melawan bacteria jahat dan secara tidak langsung bacteria baik semakin bertambah dan kuat untuk melawan bacteria jahat.

jadi, dengan bertambahnya bacteria baik ia merangsang perkumuhan bahan buangan nitrogen secara lebih efficient. nasihat bagi pesakit buah pinggang rosak, elakkan makan daging yer sebab dalam daging terdapat banyak nitrogen.

di antara ayam,daging dan ikan, ikan yang paling kurang nitrogen di dalamnya. doctor selalu sarankan kepada pesakit untuk makan ikan sahaja. kalau boleh elak makan daging, elaklah selagi termampu.

semoga bermanfaat

Hubungi Amir :-
Amir Awang (Facebook)
akhiamir.cz@gmail.com
+6014 344 4454 (Call/SMS/WhatsApp)

Cara Rawat Buah Pinggang Rosak

Assalamualaikum

secara jujurnya, saya rasa sangat 'berdosa' kerana tidak menulis cara-cara nak atasi masalah rosak buah pinggang di dalam blog ini.

kerana mentor bisnes saya pesan jika saya ada ilmu dan tidak menyampaikannya sedangkan saya tahu kepada orang ramai di luar sana, dalam bisnes hukumnya sangat 'berdosa'

kenapa saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu di dalam blog ini?

kerana saya sangat sedih dan kesian melihat kesengsaraan pesakit buah pinggang rosak yang 2-3 kali terpaksa pergi ke hospital untuk rawatan dialysis. bahkan aktiviti itu juga sudah masuk rutin mingguan dalam kamus hidup mereka.

sama seperti salah seorang ahli keluarga saya 2 bulan yang lepas. dia terpaksa berulang alik ke hospital kubang kerian dan hospital raja perempuan zainab dua kota bharu 2 kali seminggu untuk menjalani rawatan haemodialysis kerana buah pinggangnya sudah rosak kritikal.

ianya ibarat 'mimpi ngeri' bagi pemuda berusia 24 tahun sepertinya dan ini memberi tamparan yang cukup hebat buat kami sekeluarga terutama ibu saya yang terpaksa menjaganya siang malam.

sudah pelbagai ikhtiar di lakukan namun semuanya menemui jalan buntu.

sampailah satu ketika, kami sempat google di internet mencari ubat atau rawatan yang terbaik untuk atasi masalah buah pinggang rosak ini lalu menjumpai 'arabic gum'

arabic gum dalam bentuk asal
memang kami berharap sangat agar jumpa penawar bagi penyakit buah pinggang gagal berfungsi ini supaya keluarga kami tidak rasa 'terbeban'

kenapa saya kata terbeban?

sebab kami bukanlah datang dari keluarga yang kaya raya. bayaran RM100 untuk setiap kali rawatan haemodialysis itu nampak mahal di mata kami orang kampung. jika di hitung, perbelanjaan yang di perlukan setiap bulan mencecah RM1,000!

pada masa itu kami tidak mendapat apa-apa bantuan lagi dari mana-mana pihak. ibu saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan yang di beri oleh anak-anaknya tiap-tiap bulan untuk menampung kos bayaran rawatan itu.

itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya semata-mata mahu melihat anaknya pulih seperti sedia kala sama seperti anak-anak orang lain yang berlari girang setiap hari.

setiap kali ibu pergi ke hospital, jelas terpacar di raub wajah ibu bibit-bibit rasa 'letih' kerana terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan seperti itu.

alhamdulillah. kerana Allah mempertemukan arabic gum ini kepada kami.

selepas menjumpai arabic gum, kehidupan kami pulih seperti sedia kala. tidak perlu lagi mengeluarkan belanja RM1,000 setiap bulan untuk membayar duit rawatan cuci buah pinggang itu.

yang lebih seronok, kami juga tidak perlu berulang alik tempuhi jalan jem untuk ke hospital demi menjalani rawatan haemodialysis itu.

syukur. kini ahli keluarga saya sudah pulih seperti sedia kala. namun, ibu sering menasihatinya supaya tidak melakukan kerja-kerja berat lagi seperti dulu.

semoga kisah ini memberi inspirasi dan sinar baru kepada pesakit buah pinggang rosak yang masih ramai di luar sana.

Hubungi Amir :-
Amir Awang (Facebook)
akhiamir.cz@gmail.com
+6014 344 4454 (Call/SMS/WhatsApp)