Cara Nak Beli Arabic Gum di Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan dan Puan

Sudah lama saya tidak berkongsi manfaat gum arabic di sini. Maaf banyak banyak sebab saya agak sibuk sikit lately uruskan stock baru dan uruskan pendaftaran agent dan stokis gum arabic di seluruh Malaysia.

Saya ada satu berita baik untuk rakyat Kelantan kerana kami sudah ada satu HQ Gum Arabic di Pasir Puteh. Kiranya, jika anda berada di Kelantan atau di kawasan sekitar, anda boleh terus berkunjung ke Pasir Puteh. Boleh wasep atau sms ke 014-3444454 terlebih dahulu untuk saya bagi alamat penuh.

Antara stock yang baru sampai. Stock ini khas untuk HQ Pasir Puteh, Kelantan ye :)

Tapi apa-apa pun, bagi mereka yang berada di luar kelantan, anda boleh wasep atau sms kepada 0194951082 untuk pertanyaan.

Soal harga, saya rasa insyaallah memang mampu milik. tidak mahal pun sebenarnya gum arabic ini seperti yang di gembar gembur kan oleh sesetengah pihak. ada yang pernah beli gum arabic pada harga rm160 untuk 150gram padahal dengan harga itu boleh beli sekotak besar dah

Cuma harganya sedikit fluctuate sejak ringgit jatuh dua tiga bulan ni. Memang terasa sangat bezanya harga stock yang saya pernah ambil tahun lepas dengan stock tahun ini. 

Tapi tapiii.. harga yang saya bekalkan ini masih lagi sama dan tidak berubah walaupun kos import semakin tinggi, cuma margin untung saya sahaja yang makin mengecil. Kalau ikutkan banyak cabaran saya tahun ini iaitu

1) GST
2) Ringgit semakin jatuh
3) Kos penghantaran meningkat
4) Lesen

Semua ini saya anggap ianya adalah cabaran dalam perniagaan. Saya kena laluinya demi untuk rakyat Malaysia terutama pesakit-pesakit kronik yang semakin kritikal dan semakin meningkat dari hari ke hari di negara kita ini.

Tidak mengapa. soal untung itu bagi saya number 10. yang paling penting, semakin ramai rakyat Malaysia yang boleh ambil manfaat dari gum arabic ini atau dalam al-quran, ianya di kenali sebagai al-manna.

Pernah saya terima satu call dari seorang suami yang ingin mencari penawar kepada isterinya yang disyaki mengalami masalah buah pinggang rosak. Suami itu tersedu sedu menceritakan kisahnya kepada saya.

Saya hanya mampu mendengar dan mencadangkan gum arabic ini sebagai alternatif kepada masalah itu sebab gum arabic ini memang terbukti dapat menangguhkan masa untuk di 'dialysis' insyaAllah jika amalkan bersama tips exclusive yang saya akan kongsi nanti, ianya sangat berguna kepada pesakit pesakit seperti ini.

Tapi harus di ingat. Gum arabic ini hanyalah asbab sahaja. Sesungguhnya Allah jua yang menyembuhkan sesuatu.

InsyaAllah saya doakan kita semua di beri nikmat kesihatan yang berkekalan kerana itulah 'kekayaan' sebenar manusia.

Talks

Post a Comment

SMS/WhatsApp +6014 344 4454 untuk mendapat response yang lebih pantas! :)