Kenapa Kita Kena Pilih Gum Arabic Dalam Bentuk Serbuk?

Assalamualaikum

ada orang tanya saya macam mana kita nak tahu gum arabic tulen atau gum arabic palsu? sebab sekarang banyak gum arabic muncul di pasaran malaysia dengan pelbagai packaging.

jujur saya katakan salah satu cara untuk menentukan ketulenan gum arabic adalah dengan cara kita membeli gum arabic yang di datangkan dalam bentuk packaging asal dari negara pengeluar tanpa di ubah mana-mana bahagian.

sudah lebih 2 tahun saya mengimport gum arabic dari negara sudan. semua produk timur tengah yang saya ambil adalah dalam bentuk original packaging dari sana. saya langsung tidak pernah repacking produk timur tengah seperti yang banyak di lakukan oleh orang ramai semata-mata ingin mengaut keuntungan yang lebih.
soal untung itu saya tidak mahu sentuh kerana saya percaya rezeki masing-masing dan rezeki datangnya dari Allah azza wajala. yang saya ingin sentuh adalah ada segelintir peniaga yang tidak beretika yang sanggup mengambil kesempatan menambah bahan lain ke dalam serbuk gum arabic seperti ada kes yang di tambah gandum dan etc.

bagi saya ianya sangat lah tidak bertanggungjawab kerana ianya langsung tidak 'comply' dengan adab berbisnes iaitu untuk membantu menyelesaikan masalah orang dan memudahkan urusan orang lain.

jika ada buat bisnes, tidak kisah lah bisnes apa sekalipun kita kena ingat selagi kita tolong bantu selesaikan masalah customers dan tambah nilai dalam hidup mereka, jangan risau soal untung/duit kerana ianya akan datang dengan sendirinya dan anda 'terpaksa' dapat untung.

jadi, bagi peniaga-peniaga di luar sana marilah kita focuskan niat kita untuk bantu ramai orang dan selesaikan masalah kesihatan yang mereka sedang hadapi bukannya menambah beban di atas bahu mereka.

jika kita tak mampu untuk bantu secara direct, cukuplah dengan sekadar kita permudahkan urusan mereka untuk mendapatkan bekalan gum arabic pada harga berpatutan dan berkualiti.

Kenapa Kita Kena Pilih Gum Arabic Dalam Bentuk Serbuk?

berbalik kepada tajuk asal iaitu kenapa kita kena beli gum arabic dalam bentuk serbuk, bukannya dalam bentuk ketulan?

sebenarnya tiada salah pun jika kita nak consume gum arabic dalam bentuk serbuk/ketulan kerana kedua-duanya mempunyai kebaikan yang sama.

jika saya di beri pilihan, saya semestinya memilih gum arabic dalam bentuk serbuk.

kenapa ye?

sebab gum arabic dalam bentuk serbuk sangat senang untuk disediakan dan ianya mudah larut dalam air. saya hanya perlu masukkan 1 sudu gum arabic dan kacau bersama segelas air masak (bukan air panas ye) dan boleh terus minum.

jika dibandingkan dengan gum arabic dalam bentuk ketulan, saya perlu rendam ketulan gum arabic itu dalam gelas selama 12 jam terlebih dahulu untuk pastikan ianya 100% larut dalam air dan barulah saya boleh meminumnya dengan tenang hehe.


kat atas ni adalah gambaran gum arabic dalam bentuk serbuk. 

sebenarnya bentuk asli gum arabic memanglah dalam bentuk ketul-ketulan tapi saya telah memudahkan urusan pengguna dengan mengisarnya halus-halus supaya cepat larut dalam air. tiada bahan lain atau tiada perisa pun di tambah. ianya 100% original cuma bentuk sahaja lain.

best sebenarnya minum gum arabic dalam bentuk serbuk ni hehe sebab saya boleh masukkan sekali dalam minuman harian seperti jus epal dan lain-lain. kecuali air kopi dan air teh tidak boleh sebab ianya akan menggangu penyerapan gum arabic dalam tubuh kita.

ada yang tanya, apa rasa gum arabic? hehe nak tahu kenalah cuba sendiri :)

Hubungi saya di WhatsApp +60143444454 (Encik Amir)
(sementara stock masih ada di Malaysia)

Talks

Post a Comment

SMS/WhatsApp +6014 344 4454 untuk mendapat response yang lebih pantas! :)