Apa Itu Ameer Premium Al Manna?

Kadang saya takut jugak nak bagitahu, ya boleh amek al manna untuk penyakit mak awak tu sebab ramai yang tanya

Al manna ameer ni kalau sakit jantung boleh makan tak?

Al manna ameer ni kalau sakit buah pinggang kronik agak2 boleh sembuh seperti normal tak?

Prinsip saya adalah saya takkan sesekali OVERCLAIM bila menyebarkan kebaikan al manna kepada rakyat malaysia.

Al manna ameer BUKAN tonik ajaib yang boleh merawat semua jenis penyakit kecuali mati tau.

Sebab kita kena faham bahawa kandungan al manna ameer hanyalah PREBIOTIC SEMULAJADI sahaja yang diambil dari getah pokok ACACIA SENEGAL yang hanya hidup di negara timur tengah.. kat malaysia pokok ni memang tak hidup sebab iklim dan sebagainya.

Prebiotic dari getah pokok ACACIA SENEGAL ini sangat "powerful" sebab ianya boleh jadi makanan kepada bacteria baik (probiotic) yang hidup dalam usus kita.. tugas bacteria baik adalah untuk melawan segala macam bacteria jahat dalam usus.

Kita sering jatuh sakit salah satu sebabnya adalah USUS KITA TAK SIHAT sebab toksin banyak berkumpul kat situ atau dgn kata nama lain (bacteria baik tak buat "kerja" untuk melawan bacteria jahat)

Sebab tu kita akan selalu terdedah dengan segala macam jenis penyakit sebab USUS KITA TAK SIHAT.

Bila usus kita sihat, dengan izinNya masalah kesihatan yang kita sedang hadapi dapat di perbaiki.. bukan sembuh 100% dan terus boleh abaikan nasihat doctor ye..

Doctor, salah satu bidang mereka lebih kepada mengubati penyakit yang berpunca dari perut.

Sebaliknya AL MANNA AMEER lebih kepada MENJAGA USUS supaya tidak terdedah kepada penyakit yang berpunca dari perut.. dengan izinNya jua.

AL MANNA AMEER bukan untuk spesifik masalah kesihatan.. bukan ubat kencing manis.. bukan ubat gastrik.. bukan ubat darah tinggi.. bukan ubat sembelit..

Sebab itu bila saya jumpa bisnes AL MANNA AMEER, saya nekad nak buat bisnes ni betul-betul sebab saya rasa dah jadi tanggungjawab saya untuk SEBARKAN KEBAIKAN AL MANNA DALAM MENJAGA KESIHATAN USUS KITA, KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA (orang Islam khususnya)

Awal-awal dulu memang saya letak duit sebagai priority buat bisnes tapi sekarang tidak lagi.. niat saya 100% NAK SEBARKAN KEBAIKAN AL MANNA sahaja, nak beli atau tidak saya tak paksa, atau nak beli AL MANNA jenama lain pun saya tak kisah atau nak amalkan al manna dalam bentuk ketulan pun tak apa, asalkan ianya adalah AL MANNA.

BERILAH PELUANG KEPADA DIRI KITA UNTUK JAGA USUS BAIK-BAIK DENGAN AMALKAN AL MANNA YANG 100% SEMULAJADI.

KAN BANYAK PENYAKIT BERMULA DARI PERUT. KENAPA TAKNAK JAGA PERUT?

Bacteria Baik

Dalam usus kita sudah ada "tentera kecil" yang boleh melawan sendiri masalah kesihatan kita.

"Tentera" yang saya maksudkan itu adalah BAKTERIA BAIK / HELPFUL BACTERIA yang hidup dalam microflora usus kita.

Terdapat sekurang-kurangnya 100 trillion bacteria baik yang bertugas untuk lawan bacteria jahat dalam usus kita.

Bacteria baik tu kan "tentera" kita.. mereka pun perlukan "makanan" juga untuk terus kuat melawan bacteria jahat yang bertrillion2 jugak dalam usus.

Disini lah AL MANNA AMEER bertindak.. bertindak sebagai "makanan" kepada tentera kita (bacteria baik) supaya terus sado lawan bacteria jahat.

Apa Beza Al Manna Ameer Dengan Al Manna Jenama Lain?

Saya akan inform kat pengedar untuk sediakan jawapan balas siap-siap macamni.

Kita jangan guna cara bisnes "musuh kita" iaitu mereka ajar kita untuk banding-banding kan jenama @ produk dengan cara "downgrade" produk orang & angkat produk sendiri.

Akhirnya kita orang islam (khususnya) berlaga sesama sendiri dalam mencari sesuap rezeki padahal rezeki itu seumpama ikan di lautan, takkan habis walaupun setiap hari berjuta nelayan keluar pagi tangkap ikan dan pulang pada petang hari dgn membawa hasil tangkapan ikan masing2.

Tidak perlu takut orang tak beli dengan kita sebab, produk kita / marketing kita / testimoni kita / cara kita berbisnes hanyalah ASBAB sahaja, kita hanya boleh berikan yang terbaik kepada customer tapi hanya Allah yang gerakkan hati mereka untuk beli produk kita / jenama kita / service kita.

AL MANNA jenama lain seperti xx, saxx, maxx, xxx dan etc kami tidak pasti macam mana kualiti mereka, tapi kami yakin bahawa AL MANNA AMEER ini adalah di antara yang terbaik kerana dah banyak +ve feedback yang kami terima daripada customer yang dah mengamalkannya dan kami tawarkan 100% refund jika tidak berpuas hati inshaallah.

Apa-apa pun, semua jenis al manna samada ketulan / serbuk adalah baik untuk kesihatan. Tapi hati-hati kerana al manna pun ada yang tiruan dipasaran sekarang sebab ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencampurkan serbuk lain ke dalam serbuk asli al manna semata-mata untuk mengurangkan % serbuk al manna asli.

Tiada paksaan untuk mengamalkan al manna ameer atau al manna jenama lain, asalkan ianya dapat memberi kesan yang maximum kepada kita, teruskan sahaja kosisten amalkan al manna jenama itu.

Kerana bagi kami sebagai pengedar al manna, niat kami hanyalah utk SEBARKAN KEBAIKAN AL MANNA sahaja & yang terpenting bagi kami adalah

SETIAP ORANG PERLU RASA KEBAIKAN AL MANNA

Pembeli Gum Arabic dari Brunei

Assalamualaikum

sudah lama rasanya saya tak berkongsi updates tentang bisnes gum arabic saya di blog ni. hampir 3 bulan hehe

alhamdulillah hampir setiap hari saya menerima pertanyaan mengenai gum arabic ini sampaikan tak sempat saya nak berkongsi kat blog testimoni testimoni terkini kesan positif customer saya yang dah guna al manna ini

kadang-kadang tu tak sempat nak angkat call. inshaAllah saya akan cuba untuk call balik missed call sebaik mungkin inshaAllah

ada banyak sebenarnya testimoni customers saya yang gembira selepas minum gum arabic ni tapi saya simpan dalam smartphone. nanti saya tunjuk sikit sikit ye dan screenshot dulu testimoni mereka

baru-baru ini saya ada menerima order dari orang brunei. sebenarnya dah banyak kali saya terima order dari luar negara tapi kali ini best sebab kita boleh track sendiri 'pergerakkan' barang yang kita pos dari Malaysia tu ke Brunei seperti dalam gambar di bawah

untuk tiba di Brunei, ianya mengambil masa hanya 3 hari sahaja. cepat kan? boleh dapat terus di depan pintu rumah hehehe

yang ni saya guna perkhidmatan Poslaju Malaysia. boleh kata 99% shipment yang saya guna adalah Poslaju sebab saya yakin dengan perkhidmatan delivery nya yang sangat cepat

kalau pos ke semenanjung atau ke sabah/sarawak, inshaAllah 1 hari sudah boleh terus minum

kebiasaanya selepas saya pos barang, saya akan bagi tracking number. nanti tuan puan check tracking number tu kat sini ye

click POSLAJU

dari situ kita boleh tahu yang barang kita tu sudah sampai di mana. semoga bermanfaat.

Dahulu Buah Pinggang 'Out' dan Tak Boleh Bangun Tapi Sekarang Dah Boleh Bangun dan Muka Berseri-Seri

Assalamualaikum

saya ada satu berita gembira nak share dengan pembaca blog ini.

saya baru sahaja mendapat satu feedback dan respon daripada customer saya mengenai keberkesanan gum arabic.

dulu customer saya ni ada belikan arabic gum untuk mertuanya dan baru-baru ini saya ada tanya bagaimana keadaan dan kesan gum arabic itu dan ini lah jawapannya subhanaallah

alhamdulillah dengan izin Allah gum arabic dengan mertua saya berpisah tiada. dia sakit buah pinggang doc cakap memang buah pinggang dia out sudah tak boleh di pakai. gout, jantung, kencing manis. daripada tak boleh bangun sudah boleh bangun. gum arabic memang serasi dengan dia. kandungan urea pun semakin menurun. saya pun tengok dia sudah berseri. dulu dia dah tiada semangat. siap suruh anak anak siapkan kelengkapan dia nak mati dah katanya. sakit yang amat sangat katanya. sedih sangat tengok dia dulu kurus sangat sangat. mana taknya. selang sehari kena cuci buah pinggang. cakap pun merapu. umur baru 50an. kata anaknya memang dulu masa muda muda kalau sakit sikit je pergi jumpa doktor. inject. sekarang sudah boleh gelak tu. oklah tu.

alhamdulillah syukur. semoga selepas ini lebih ramai lagi mereka yang ada penyakit kronik cuba arabic gum / getah arab ini dan memperoleh manfaat darinya insyaallah :)


Hubungi saya di WhatsApp +60143444454 untuk cuba Gum Arabic hari ini
(sementara stock masih ada di Malaysia)